Covid-19 : Jangkitan mula dikesan dalam komuniti

by Ratu Pelangi

Oleh SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan melahirkan kebimbangan apabila penyebaran jangkitan Covid-19 dilihat mula merebak di dalam kalangan komuniti.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ia dikesan di Kuantan membabitkan seorang individu yang mempunyai kes Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI).

“Kes di Kuantan, dia tiada sejarah namun ada penyakit SARI sebelum ini dan apabila kita saring, dia positif.

ÔÇťApabila kita lihat semula sejarah, beliau hadir ke persidangan di Sri Petaling. Sekarang ada kes SARI pun positif,” katanya dalam sidang ahkbar hari ini.

Beliau berkata, penting ketika ini supaya arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diperkukuhkan lagi bagi mengurangkan penyebaran Covid-19 dalam komuniti.

Katanya, keutamaan Kementerian Kesihatan ketika ini adalah untuk mengurangkan kes jangkitan Covid-19 dalam masyarakat.

“Kita dalam PKP ini bukan hanya untuk tamatkan jangkitan virus, tapi matlamat utama adalah kurangkan kes. Jadi kita duduk rumah akan dapat kurangkan kes. Kita tidak akan lihat kes meningkat mendadak.

“Dengan itu, hospital dan klinik kita dapat beri rawatan terbaik. Kalau sehari ada 2,000 masuk, kemampuan kita tak cukup. Bila tak cukup, pesakit tidak akan diberikan rawatan yang terbaik,” katanya. – MBNews

You may also like

Leave a Comment