Covid-19: Kes tempatan pertama dalam tempoh 3 hari di China

by Ratu Pelangi

BEIJING – Tanah besar China merekodkan kes jangkitan Covid-19 tempatan pertama dalam tempoh tiga hari ketika kes membabitkan pelancong luar negara terus mendominasi kes baharu.

Memetik laporan agensi Reuters, Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China pada Jumaat mengatakan bahawa 55 kes coronavirus baharu dilaporkan di tanah besar pada Khamis, dengan semua kecuali satu kes membabitkan kes import.

Laporan itu juga menyebut terdapat 67 kes baharu sehari sebelumnya.

Kes jangkitan tempatan itu dilaporkan di wilayah Zhejiang Jumlah jangkitan untuk tanah besar China kini berada pada 81,340 kes dengan angka kematian meningkat kepada 3,292 kes.

You may also like

Leave a Comment