DISEBALIK JENAMA: Kicap Jalen

by Puteri Gunung Ladang

Oleh: Siti Azielah Wahi

JENAMA Jalen tidak perlu diperkenalkan lagi di negara ini. Produk-produk masakan keluaran jenama ini sudah bertapak dalam dunia peruncitan sejak lebih 30 tahun malah menjadi antara pilihan utama pengguna terutama produk kicap.

Sejarah awal Jalen Sdn Bhd bermula pada November 1981 iaitu tarikh syarikat Jalil Enterprise ditubuhkan.

Namun pada ketika itu kegiatan utama syarikat berkenaan hanya membekalkan kicap berjenama Habhal secara kontrak.

Bagaimanapun tekad pengasas jenama ini, Allahyarham Datuk Abd Jalil Long yang mahu menghasilkan produk jenama sendiri timbul sebaik sahaja kontraknya ditamatkan pada November 1986.

Lantaran itu pada Ogos 1988 menyaksikan kelahiran sebuah era baru dalam dunia pemakanan industri apabila Jalen Sdn Bhd ditubuhkan dengan matlamat utamanya untuk membekalkan kicap jenama JALEN kepada pengguna.

Sejak penubuhannya, Kicap Jalen telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengguna yang keadaannya telah memberi kesan perkembangan perkembangan ini.

Kini, dengan pelaburan berjuta-juta ringgit, Jalen Sdn Bhd telah melangkah ke hadapan dengan pembelian dan penggunaan peralatan dan teknologi tinggi untuk terus memimpin industri pemakan yang diceburi dengan menghasilkan produk baru yang berkualiti.

Aspek kebersihan dan kesucian mutu setiap produk amat dititikberatkan selain mengekalkan keaslian produk citarasa sebenar.

Pengguna tidak perlu teragak-agak ketika membeli produk Jalen kerana produk-produk telah mendapat pengiktirafan HALAL dari Jabatan Agama Islam Johor Malaysia dan mematuhi Peraturan Makanan 2000.

Sehingga kini, Jalen telah menghasilkan 16 produk iaitu kicap manis, kicap lemak manis (premium), kicap masin, kicap lemak, kicap pekat, sos cili, sos tomato, sos perasa tiram, cuka buatan, taucho masin, dan kordial yang terdapat dalam 7 pilihan perasa iatu syrup ros, sarsi dan anggur.

Produk keluaran Jalen dijamin 100% produk Bumiputera dan dipercayai oleh pengguna kerana bermutu tinggi dan mempunyai rasa yang tersendiri. ~MBNews

Sumber : www.kicapjalen.com

You may also like

Leave a Comment