Kebenaran kilang minuman keras beroperasi dibatalkan

by Ratu Pelangi

Oleh SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI

CYBERJAYA – Isu berkenaan kebenaran beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diberikan kepada sebuah kilang minuman keras sudah pun dibatalkan.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menerusi laman Twitternya pada hari ini memaklumkan pekara itu di laman media sosial miliknya.


“Sudah dibatalkan pagi ini kerana tidak selari dengan dasar kerajaan,” katanya.

Dalam ciapannya terdahulu, Annuar turut meminta tindakan diambil segera ke atas kilang minuman keras itu yang dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP.

Ciapan Menteri Persekutuan Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa.

Katanya, ia tidak selari dengan dasar yang diambil dan diputuskan kerajaan dan tindakan perlu diambil segera berhubung isu berkenaan.

Semalam tular di media sosial sepucuk surat yang didakwa dikeluarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi kebenaran kepada kilang terbabit beroperasi ketika PKP.

Namun keputusan itu menimbulkan kontroversi dalam kalangan pengguna media sosial kerana menganggap minuman keras bukan makanan penting dalam tempoh PKP ini. – MBNews

You may also like

Leave a Comment