Kecoh Bila Pegawai Penguatkuasa Ditampar?

by Puteri Gunung Ladang

Padang Mat Sirat, Langkawi ~ Sebuah video dan dua audio kini sedang tular. Ia adalah mengenai seorang Pegawai Majlis Daerah dikatakan telah ditampar oleh petugas sebuah mini market yang baharu dibuka. Kejadian itu berlaku apabila pegawai itu bersama dengan anggota penguatkuasa melakukan pemeriksaan di mini market itu kerana dikatakan tiada kebenaran berniaga.

Difahamkan, petugas mini market itu kini ditahan pihak polis. Bagaimana pun, oleh kerana pegawai itu adalah anak penakan salah seorang kariah di situ, orang ramai telah berhimpun secara aman untuk menyuarakan bantahan.

Difahamkan, mini market itu turut membuka perniagaan di Air Hangat dan Kuah. Ia mendapat sambutan hangat orang tempatan kerana menjual barangan yang murah harganya. ~ MBNews.

You may also like

Leave a Comment