Jenama Unik Dara Sekurun

by Puteri Gunung Ladang

BERHASRAT mahu membawa nama  produk usahawan desa setanding produk luar di peringkat antarabangsa, Nur Athirah Nabilah Musa giat mempromosikan produk-produk jenama unik Dara Sekurun yang disifatkan mempunyai kualiti tersendiri untuk diangkat supaya semakin maju ke hadapan.

Nur Athirah yang merupakan agen produk jenama Dara Sekurun berkata, empat produk makanan di bawah jenama tersebut iaitu bawang goreng, bawang putih, sambal bilis garing dan serunding halia mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada penggemar masakan.

Beliau yang merupakan bekas wartawan Utusan Malaysia mula menjual produk-produk tersebut secara aktif sejak September lalu.

“Idea untuk mula menjadi agen kepada produk-produk ini bermula ketika saya pergi ke sebuah Karnival Usahawan Desa di Kuantan. Dari situ saya mula menyertai perniagaan online sebab produk tempatan (usahawan desa) memang ada potensi untuk diperkenalkan,” katanya.

Menurut Nur Athirah, dengan modal RM400 beliau mula menjual produk-produk tersebut secara aktif secara online dan offline dan ternyata mendapat permintaan berulang dari penggemarnya.

“Sejak mula aktif menjual beberapa bulan lalu, sebanyak 200 botol telah dijual lebih-lebih lagi atas sokongan masyarakat terhadap produk buatan Muslim,” katanya.

Menceritakan mengenai produk bawang goreng dari jenama berkenaan, Nur Athirah berkata kualiti premium dan kerangupan asli menjadi tarikan utama ianya laku keras.

“Bawang goreng dan bawang putih Dara Sekurun mempunyai warnanya yang cantik, sekata dan kering tanpa minyak seolah-olah oven baked tetapi ianya sebenarnya digoreng. Semua kulit dan akar bawang putih dikupas habis dan bawang putih dibasuh bersih, “ujarnya.

Sementara itu, Nur Athirah berkata produk serunding halia mengandungi 100% halia tanpa daging, ayam, ikan atau ikan bilis.

“Tekstur seperti serunding yang biasa kita makan seolah-olah ada isi daging di dalamnya, cuma bezanya, ianya halia semata-mata. Setiap botol mengandungi hampir 1 kg halia mentah di dalamnya dengan rasa asli tanpa tambahan cili, lada hitam, tepung dan ikan bilis goreng, ” katanya.

Dalam pada itu, katanya sambal bilis garing pula mengandungi Ikan Bilis Langkawi yang diketahui berkualiti tinggi dan rangup.

” Kami membuang 99.9 peratus biji cili dengan rasa sambal sedap, pedas dan tak berminyak yang sedia untuk dimakan.

Kesemua produk telah mendapat pengesahan Halal daripada Jakim dan pengiktirafan MESTI oleh KKM,” katanya.

Untuk menempah sila hubungi Athirah di 0168951308.

You may also like

2 comments

Sue 03/12/2019 - 10:29 pm

Sambal bilis Dara Sekurun memang terbaik. Sekali makan, confirm teringat

Reply
Hang Nadym 04/12/2019 - 10:23 am

Wow!

Reply

Leave a Comment