Siapa Kata Semangat BMF Makin Lesu?

by Puteri Gunung Ladang

PARA Penyokong kempen Buy Muslim First (BMF) menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan semangat berBMF kian lesu.Melalui satu hantaran di laman Facebook Persatuan Ekonomi Muslim Malaysia, salah seorang ahli bernama Zoolhelmi Zulkefli berkongsi satu artikel dari portal Suara Mereka bertajuk ‘BMF makin lesu.’

Antara lain artikel itu menyatakan laman Facebook khas yang dibuka bagi mengumpulkan BMF menjadi tempat orang menjual produk masing-masing dan tiada beza dengan mana-mana perniagaan di dalam talian yang lain.

“Semua ahli membuat posting barang yang dijual, manakala jumlah yang like atau share atau komen adalah sangat rendah walaupun ahli di dalam kumpulan tersebut berjumlah ratusan ribu,” dakwa artikel berkenaan.

Bagaimanapun belumpun sejam artikel itu dikongsi, hampir 400 netizen yang juga pengikut Facebook berkenaan menyangkal kenyataan tersebut.

Seorang pengikut bernama Haji Othman Daud membalas “Tak lesu!!! Kita terus istiqomah dan bertindak secara diam-diam. Manakla Zainatul Akmar Khalil pula berkata beliau sekeluarga masih istiqamah menyokong BMF namun tidak menguar-uarkan di media sosial.

Seorang lagi pengikut bernama Tuan Muda Azman berkata, kempen tersebut mungkin lesu dalam media sosial sahaja, namun masih mempraktikkannya di luar. Ramai juga pengikut yang memberi komen ‘#BMF selamanya’ manakala Muhammad Zulhusny Zaidi menulis ‘Teruskan BMF. Sokong sepanjang hayat kita.’

You may also like

3 comments

borhanudin mansor 01/12/2019 - 9:19 am

BMF gaya hidupku masa kini dan akan datang

Reply
Hang Nadym 01/12/2019 - 12:38 pm

Tahniah! Terima kasih, tuan!

Reply
Hang Nadym 04/12/2019 - 10:23 am

Alhamdulilah…

Reply

Leave a Comment