Pemimpin dan wakil rakyat diminta beri tauladan baik kepada rakyat

by Puteri Gunung Ladang

Oleh: SITI AZIELAH WAHI

CYBERJAYA – Presiden ISMA Aminuddin Yahaya meminta pemimpin-pemimpin menunjukkan tauladan yang baik kepada rakyat dalam mendepani penularan Covid-19.

Beliau berkata, dalam tempoh ini, sepatutnya tiada ruang untuk berbalah sebaliknya bekerjasama untuk menyelesaikan masalah.

“Pada tempoh-tempoh genting penularan Covis-19 ini, sepatutnya pemimpin-pemimpin menunjukkan tauladan yang baik, lebih-lebih lagi yang bergelar wakil rakyat.

Kita sedang berdepan dengan satu ujian yang sangat besar, maka sepatutnya tiada ruang untuk kita berbalah sebaliknya bekerjasama dan berlapang dada,”katanya.

Namun sebaliknya menurut Aminuddin isu penyakit pandemik ini menjadi lebih serabut apabila dijadikan permainan politik seolah-olah tiada implikasinya.

” Rupa-rupanya, yang mengapi-apikan perkara ini dan yang menyuburkan budaya tidak sihat ini adalah pemimpin itu sendiri, lebih teruk apabila mereka ini adalah wakil rakyat.

Maka, tidak hairanlah rakyat di bawah menjadi cerca merba dan seolah-olah hilang pedoman, “katanya.

Beliau menggesa supaya pemimpin berkenaan menghentikan kritikan dan mainan politik.

” Sudah-sudahlah bermain politik. Mengkritik segala kelemahan kerajaan adalah wajar, tetapi ini bukannya kritikan.

Ini adalah memperbodohkan diri dan mengajar pengikut menjadi kurang cerdik yang akhirnya boleh mencetuskan pelbagai masalah,” katanya.

Tambahnya seorang pemimpin perlulah bertanggungjawab kerana Allah akan menyoal kepimpinan di akhirat kelak. – MBNews

You may also like

Leave a Comment