Pengusaha kantin peka makanan murid sekolah

by Tun Teeja

Oleh: Nurul Firdaus Khairi

CYBERJAYA – Inisiatif sebuah kantin menyediakan masakan dan jualan makanan yang halal kepada kanak-kanak sekolah mendapat pujian netizen.

Perkongsian di Facebook Nurqis HomeMade Recepeis menceritakan betapa prihatinnya pengusaha kantin mencari makanan yang halal.

Menurutnya ,dia terpaksa memerah otak berfikir bagaimana untuk menyediakan makanan yang digemari anak-anak pada setiap hari.

” Dari makanan kering, makanan basah dan makanan rancangan makanan tambahan (RMT) saya selia supaya budak-budak tak merungut dan happy ke sekolah.

“Saya ambil berat kerana murid-murid yang hadir ke sekolah diibaratkan seperti anak saya sendiri,” katanya.

Dia turut berkongsi cerita terpaksa meneliti sama ada terdapat logo halal atau tidak pada makanan seperti mi.

Jelasnya, jika logo halal yang tertera pada produk itu adalah halal milik swasta dia tidak akan membelinya.

“Pernah sekali saya mengamuk disebabkan resipi yang saya ajar tidak mengikut sukatan bahan dan soto kurang sedap dan tak cukup rasa.

“Betapa cerewetnya saya bab-bab makanan murid. Ibaratkan seperti saya memberi makanan untuk anak sendiri,” katanya yang turut memohon maaf sekiranya pekerjanya atau mana-mana pihak mengambil hati sepanjang mengendalikan kantin sekolah rendah berkenaan.

Bagaimanapun, dia turut menarik nafas lega apabila tindakannya itu membuahkan hasil penambahbaikkan yang dilakukan mendapat sokongan ramai pihak.

Katanya lagi, kanak-kanak bukan sahaja tertarik mendapatkan makanannya malah
dimurahkan rezeki dengan pelbagai cara. -MBNews

You may also like

Leave a Comment