PRODUK KLASIK : Ubat Kuat Berusia 100 Tahun

by Puteri Gunung Ladang

Oleh: Siti Azielah Wahi

DI SEBALIK berbagai jenama produk tonik, jamu dan pelbagai jenis ubat kuat, sebahagian besar rakyat Malaysia hari ini tercengang-cengang apabila ditanya satu jenama yang dikenali sebagai Tonik Cap Gajah keluaran bumiputra yang pernah begitu tersohor suatu masa dahulu.

Bagi pengguna zaman 20an hingga ke 70an, Tonik Cap Gajah amat dekat di hati mereka. Tonik ini sering dibeli sebagai penawar masalah batuk dan malancarkan peredaran darah.

Remedi kesihatan dari jenama itu telah berada di Malaysia sejak seabad lalu dikeluarkan pada tahun 1921.

Syarikat A.S Mohamed Kassim & Co yang mengeluarkan produk itu begitu terkenal di kalangan pengguna sebagai pengeluar produk ubatan tradisional dalam bentuk tablet dan cecair.

Produk syarikat ini mendapat kelulusanya sijil Halal Malaysia dan sering menjadi pilihan pengguna bagi meningkatkan tenaga, melegakan gas usus, melegakan tekak dan mencairkan kahak.

Malah tonik ini amat popular bagi golongan wanita lepas bersalin kerana ia berupaya membaiki peredaran darah dan boleh membersihkan rahim selain melawaskan sistem pencernaan dan pemakanan.

Tonik ini menjadi popular satu masa dahulu kerana syarikat keluarannya sering mengiklankan produk mereka di akhbar dan radio.

Disamping kemujaraban, teknik pemasaran yang digunakan dengan memberikan hadiah eksklusif kepada pelanggan menjadikan Tonik Cap Gajah pilihan utama rakyat.

Setiap belian tonik itu akan dihadiahkan sebatang sudu yang diukir nama tonik berkenaan, dan kadang kala pelanggan mendapat hadiah mug plastik.

Tonik Cap Gajah masih berada di pasaran malah boleh dibeli dengan mudah menerusi Lazada dan Shopee dengan harga antara RM13 hingga RM16 sebotol. ~MBNews

You may also like

Leave a Comment