TERUS KEKAL SOKONG BMF

by Walinong Saree

RAMAI YANG KATA, semangat orang Islam terhadap kempen BMF kini mula suram. Apakah ini benar?
Mari kita ikuti apa pendapat Saudara Muhamad Syimir Mohd Idris, 31, mengenai BMF.  

Apa pandangan Syimir mengenai BMF?
Kempen ini amat bagus kerana orang Islam dapat menyokong produk keluaran Muslim sekali gus meningkatkan ekonomi orang Islam di negara ini.

Bagaimana Syimir menyokong BMF?
Saya menyokong dengan cara membeli dan mengutamakan barangan yang dihasilkan oleh orang Muslim, contohnya produk makanan.

Adakah sukar untuk mendapatkan barangan BMF?
Agak susah untuk dijumpai di pasaraya. Kalau boleh, perlu ada usaha memperbanyakkan lagi di kedai-kedai runcit.

Adakah Syimir rasa kempen BMF kini suram?
Semangat BMF ini boleh dikatakan 50-50 di mana ada masanya ketika timbul satu isu kita boleh lihat semangat itu mula membara tapi semangat itu tidak berterusan. Kalau boleh semangat untuk menyokong BMF ini diteruskan sampai bila-bila.

Cadangan Syimir agar BMF terus hangat..
Mungkin boleh memperbanyakkan sistem atas talian yang menyediakan barangan BMF agar produk-produk ini mudah untuk didapati.

Pesanan Syimir bagi mereka yang masih meragui BMF.
Bagi saya tidak perlu ragu-ragu. Malah kita perlu sentiasa beri sokongan dan menaikkan martabat kita sebagai orang Islam.

You may also like

5 comments

Hanizam bt Jamaludin 14/11/2019 - 11:11 am

Inn syaa Allah..Saya akan istiqamah BMF sampai bila2..

Reply
Hang Nadym 14/11/2019 - 11:30 am

Terima kasih, puan! Kami akan terus barakan BMF!

Reply
Hang Nadym 04/12/2019 - 10:24 am

Alhamdulilah…

Reply
Kyazulah binti abdul aziz 14/11/2019 - 4:21 pm

Saya menyokong bmf selamanya

Reply
Hang Nadym 15/11/2019 - 7:00 pm

Terima kasih, puan!

Reply

Leave a Comment