TGM Tegomen Homme Untuk Kaum Adam

by Puteri Gunung Ladang

Oleh: Siti Azielah Wahi

CYBERJAYA – Kurang tiga minggu menjelang pembukaan rasmi pusat beli belah Malakat Mall, butik TGM Tegomen Homme yang akan berada di bawah bumbung pusat beli belah pertama Muslim di Malaysia. Kini premisnya sedang rancak di peringkat renovasi.

TGM Tegomen Homme merupakan sebuah gedung yang menjual kelengkapan pakaian head to toe khusus buat kaum Adam.

Syahir Hassan, anak muda yang mengurus TGM Tegomen Homme

Pengurus Jenama TGM Tegomen Homme, Syahir Hassan berkata, beliau bersama pasukannya sibuk membuat persiapan dan pada masa yang sama berdebar-debar menunggu hari yang dinantikan.

Bercerita tentang idea bagaimana TGM Tegomen Homme dicetuskan, Syahir berkata di Malaysia terlalu sukar untuk menemukan butik yang memfokuskan fesyen pakaian lelaki.

Menurutnya di Malaysia, butik yang menjual barangan dan pakaian khusus untuk golongan lelaki amat terhad, dan jika ada sekalipun kualiti yang ditawarkan tidak sepadan dengan harga.

“Terdapat beberapa butik menawarkan fesyen lelaki namun ia tidak trending dengan fesyen semasa, kelihatan pelik dan tidak segar.

Sehubungan, TGM Tegomen Homme hadir menawarkan koleksi pakaian moden dan santai untuk kaum lelaki pada harga berpatutan,” katanya.

Beliau berkata TGM Tegomen Homme adalah kedai fesyen lelaki yang menyediakan kualiti terbaik untuk memenuhi keinginan lelaki dengan harga yang berpatutan.

“Reka bentuk dan produk TGM Tegomen Homme benar-benar tertumpu kepada kaum lelaki dengan pakaian berkualiti tinggi, harga berpatutan, reka bentuk bergaya dan moden,” katanya.

Anak muda itu juga optimis TGM Tegomen Homme bakal menjadi satu jenama popular setanding dengan jenama terkenal lain.

Jenama TGM Tegomen Homme sudah lama dikenali di luar negara dan Malakat Mall adalah butik pertama di Malaysia yang memasarkan jenama itu.

Jenama TGM Tegomen Homme dibawa masuk oleh usahawan bumiputera dan telah memperoleh hak edaran eksklusif dari pengeluar di China.

Antara produk ialah jaket kulit, jaket labuh, jaket kapas, jaket nipis (Windbreakers), kot bulu, pakaian kasual, T-shirt, kasut, beg, tie, tali pinggang, sarung kaki, seluar dalam, alat pencukur dan beberapa pakaian lelaki.

Melihat kepada jenis produk ditampilkan, tidak mustahil lelaki berusia antara 15 hingga 45 tahun akan memilih TGM Tegomen Homme sebagai jenama pilihan hati sekali gus tampil elegan dan menjadi daya penarik kepada sesiapa yang memilikinya.~MBNews

You may also like

Leave a Comment