[VIDEO] Muhyiddin Sujud Syukur Dilantik PM ke-8

by Puteri Gunung Ladang

SELEPAS hampir seminggu pelbagai episod dan konflik politik melanda negara, akhirnya jawapan kepada teka-teki siapakah dilantik sebagai Perdana Menteri ke-8 terungkai.

Istana Negara telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa Pengerusi BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin diputuskan sebagai Perdana Menteri ke-8.

Perkhabaran itu bukan sahaja meredakan kegelisahan dalam kalangan rakyat Malaysia, malah ia nyata memberi kelegaan kepada pemerhati-pemerhati politik negara.

Seketika kemudian, satu video menunjukkan Muhyiddin melakukan sujud syukur tersebar sebaik beliau dimaklumkan mengenai pelantikannya sebagai Perdana Menteri ke-8.

Menerusi video berdurasi 51 saat itu, Muhyiddin selepas bersujud terus mengangkat tangan berdoa kepada yang maha Esa.

Pemimpin berusia 72 tahun menerima berita pelantikannya itu ketika berada kediamannya di Bukit Damansara.

You may also like

Leave a Comment